my"Follower"

Monday 12 December 2011

Kalau sempurna bukan la manusia...

Manusia tiada yang beza..kalau kau rasa kau lengkap dalam aspek yang tertentu 
mungkin ada setengah aspek lagi kau akan terabai.. 
tiada  manusia yang dicipta adalah benar - benar sempurna... 
Kalau kau kata "Milah tak pandai masak nasi.. 
Jamal plak mesti tak pandai nak masak kemas rumah" dan 
sbb itu kita hidup untuk saling melengkapi bukan untuk 
mendengki dan meninggi diri... 
Kadang2..apabila kita berada di atas kita sering 
terlupa bagaimana cara kita mendaki pada dahulu kala , 
kita terlupa semasa pendakian untuk mencapai puncaknya penuh 
dengan duri dan cabaran yang terpaksa kita lalui..
Tetapi...apabila kita telah berjaya cabaran yang jerih mudah sahaja kita lupakan
dan tiada langsung sikap untuk bersyukur kerana berjaya mengatasinya 
dan akibatnya akhirnya akan memakan diri...
Aku juga bukan manusia sempurna dan kita semua adalah sama..
cuma apa yang kita ada untuk menjadikan diri lebih daripada 
mereka diluar sana adalah dengan menggunakan akal yang ada sebaik 
mungkin untuk berfikir dan bertindak secara rasional...

manusia?
ade ke yg xpernah buat silap?

manusia?
ade ke yg sentiasa bahagia?

manusia?
ade ke yg dalam keadaan senang?

itu lah lumrah seorang manusia
yang hidup di muka bumi ni..

its me bubu!

1 comment:

nasha sanza said...

betul tu..nobody is perfect..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...