my"Follower"

Thursday 3 November 2011

Hati Yang Tersimpul Mati


Katanya, hati saya adalah seperti tali yang tersimpul mati.
Katanya lagi, dia tetap akan berusaha merungkaikan simpulan tali itu.
__________xxxxxxxxxx__________
Hari itu, mesej tidak henti-henti masuk ke telefon genggam saya. Sebaik sahaja telefon itu saya ‘on’ kan suis nya, nada ringtone Intel SMS terus berbunyi tidak henti-henti. Semuanya daripada pengirim yang sama.
“Awak ke mana? Kenapa tak dapat call?”
“Kenapa off hp? Saya risau”
“Tolong on hp. Supaya saya tidak fikir yang bukan-bukan”
Dan entah banyak lagi mesej yang berbunyi sewaktu dengannya yang menderu-deru masuk. Asbabnya mudah sahaja. Telefon genggam kehabisan bateri. Dan saya malas mahu mengecas semula baterinya, lantas telefon itu saya biarkan dalam keadaan ‘koma’ seketika selama 6 hari.
Tidaklah saya tahu, kesukaran untuk dihubungi mengundang resah gelisah gundah nestapa di pihak sana.
Sebetulnya saya lupa. Selepas dua tahun bersendiri, saya sudah lupa bagaimana mahu bereaksi apabila tiba-tiba berdua. Selepas dua tahun berdikari, saya sudah lupa bagaimana mahu bergantung kepada orang lain, yang bukan ibu bapa.
Saya lupa, bahawa selain daripada ibu bapa, ada satu pihak lagi yang perlu saya maklumkan di mana keberadaan dan bagaimana keadaan saya, setiap masa dan ketika.
Saya lupa, bahawa selain daripada ibu bapa, ada satu pihak lagi yang akan sentiasa merisaukan keadaan saya.
Saya lupa, bahawa selain daripada ibu bapa, ada satu pihak lagi yang perlu saya jaga dan tatang hatinya supaya tidak terguris dek tindakan saya.
Saya lupa, bahawa selain daripada ibu bapa, ada satu pihak lagi yang perlu menjadi keutamaan dalam hidup saya.
Oh, saya betul-betul lupa apa yang perlu dilakukan apabila sudah berdua.
Entah kenapa, tiba-tiba saya jadi penat. Lelah. Bosan. Menyampah.
Lantas,mesej yang banyak itu saya balas. Dengan satu mesej pendek. Hanya satu mesej ini.
“Hp habis bateri. Malas nak cas. Tlg jgn fikir bkn2. Saya ini orgnya mudah bosan”
Dan telefon genggam terus saya matikan.
Sampai sekarang.
__________xxxxxxxxxx__________
Saya tahu memang kejam bunyinya.
Saya tahu memang zalim tindakan saya.
Saya tahu tidak patut saya layan dia begitu.
Mungkin saya sudah tidak biasa.
Mungkin saya masih belum bersedia.
Atau mungkin memang benar kata-katanya.
Hati saya memang seperti tali yang tersimpul mati.
Tak boleh dirungkai-rungkai lagi.

4 comments:

cik shahrine shazwanie said...

eee seday nye..
bubu post nie meruntum jiwa..
nice one

iAmCekbolat said...

"mana-mana lelaki ?"

bubu jgn sdeyy T,T

teyhasahaje a.k.a NURUL said...

aiks..?? ade kepelikan sikit...sy tu bubu eh.?? tapi knp bwh tu mana-2 lelaki..?? hahah adoiii

Miss Butterfly said...

gua juga sudah bosan dengan cinta. gua geli bila jiwang2. mungkin gua sudah fobia cinta. hurmmm. cinta itu rumit. tapi jika lu tak mahukan sebarang komitmen, jangan pernah memberi harapan pada dye. go bubu go! gua akan selalu jadi kawan untuk lu, macam dulu. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...