my"Follower"

Friday, 28 October 2011




Sebagai peringatan pada yang tidak suka, ini hanya luahan biasa insan yang tidak pernah sempurna.. Akal aku letakkan di atas, nafsu aku pinggirkan nun jauh di sudut gelap.. Serimbum mana pun kegembiraan pasti akan ada luruhnya.. Segagah mana pun usaha pasti akan sakitnya.. Penyakit yang menyumpit keras racunnya apa lagi kalau bukan sifat manusia yang mana mungkin akan senang dengan manusia yang senang..
Aku punya satu nilai capaian yang mahal untuk aku beli.. Maka tak mustahil apa yang aku lakukan mungkin lebih dari orang lain.. Apa yang aku buat lebih usaha dari orang lain.. Dan hasilnya sudah tentu untuk keuntungan aku sendiri.. Jangan nilai untung hanya pada duit.. Prestasi juga menjadi keuntungan diri.. Aku usaha untuk aku dan balasannya sudah tentulah untuk aku.. Fikir pada logik, aku yang makan takkan kau yang kenyang?
Berusaha dengan jujur dan ikhlas, itu yang patut (lebih sesuai wajib) dilakukan.. Dan tak menjadi masalah kalau usaha lebih mendapat perhatian yang lebih.. Dan kenapa pulangan yang lebih kerana usaha menjadi bualan belakang yang kadang kala menanahkan telinga.. Sedarkah itu menjadi tabiat ataupun dengan kata lain budaya yang cukup-cukup sempurna untuk mendewasakan sifat kelalaian diri!

Nota kecil tanda seru;
1. Aku titiskan peluh kau titiskan air liur.. Itu bezanya!
2. Air liur boleh disinonimkan dengan banyak cakap dan juga banyak tido ataupun malas!
3. Perangai kipas-mengipas, jilat-menjilat sudah lapuk!
4. Rupanya dunia blog pon sama jer!
5. Belum lagi aku genggam bara sudah ada yang siram!

1 comment:

RinsyaRyc said...

sape yang siram tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...