my"Follower"

Friday 15 July 2011

UMAR AL KHATTAB

 Gaya Pemerintahan Umar al Khattab



1. Umar Yang Berjiwa Rakyat


Pada suatu hari, Umar al-Khattab naik mimbar dan berkhutbah.

“Wahai, kaum Muslimin! Apakah tindakanmu apabila aku memiringkan kepalaku ke arah dunia seperti ini?” (lalu beliau memiringkan kepalanya).

Seorang sahabat menghunus pedangnya. Sambil mengisyaratkan gerakan memotong leher, ia berkata, "Kami akan melakukan ini.”

“Maksudnya, kau akan melakukannya terhadapku?” Umar bertanya.

“Ya!” Orang itu menjawab.

Lalu Umar berkata, “Semoga Allah memberimu rahmat! Alhamdulillah, kerana ada rakyatku yang boleh meluruskan perjalananku apabila menyimpang dari kebenaran.”

2. Umar Menentang Pemborosan

Pada suatu hari, Umar al-Khattab mendengar bahAwa salah seorang anaknya membeli cincin bermata seharga seribu dirham. Dia segera menulis surat teguran kepada anaknya dengan kata-kata sebagai berikut:

“Aku mendengar bahwa engkau membeli cincin permata seharga seribu dirham. Kalau hal itu benar, maka segera juallah cincin itu dan gunakalah wangnya untuk mengenyangkan seribu orang yang lapar, lalu buatlah cincin dari besi dan ukirlah dengan kata-kata, Semoga Allah merahmati orang yang mengenali jati dirinya.”


3. Peristiwa Umar Meminjam Wang


Pada suatu hari, Umar al-Khattab memerlukan wang untuk keperluan peribadi. Dia menghubungi Abdurrahman bin 'Auf, sahabatnya yang berada, untuk meminjam sebanyak 400 dirham.

“Mengapa engkau meminjam dariku? Bukankah kunci Baitul Maal (perbendaharaan negara) berada di tanganmu? Mengapa engkau tidak meminjam dari sana?” Abdurrahman bertanya.

“Aku tidak mau meminjam dari Baitul Maal. Aku takut pada saat maut datang menghampiriku, engkau dan segenap kaum Muslimin menuduhku menggunakan wang Baitul Maal. Jika hal itu terjadi, pasti amal kebajikanku diakhirat berkurangan. Sedangkan kalau aku meminjam dari engkau, jika aku meninggal sebelum aku membayarny kembali, engkau dapat menagih hutangku dari ahli warisku,” Umar menjawab bagi menunjukkan bahawa beliau seorang pemimpin yang amanah.


4. Umar Mengakui Kesalahan

Pada suatu hari, Umar al-Khattab berkhutbah di hadapan kaum Muslimin.

“Jangan memberikan mas kahwin lebih dari 40 uqiyah (1240 gram). Barangsiapa yang melebihkannya, maka baki tersebut akan kuserahkan ke Baitul Maal,” katanya.

Dengan berani, seorang wanita membalas kata-kata Umar itu. “Apakah yang dihalalkan Allah akan diharamkan oleh Umar? Bukankah Allah berfirman, ‘Sedang kamu telah memberikan kepada seseorang di antara mereka sejumlah harta, maka janganlah kamu mengambil dari padanya sedikitpun’(An Nisaa':20),” kat wanita itu.

Umar sedar bahawa dia telah tersilap kata. “Benar apa yang dikatakan wanita itu dan akulah salah,” katanya mengakui kesilapan.

5. Umar adil dalam membuat keputusan

Pada suatu hari, seorang wanita datang dan mengadu kepada Umar al-Khattab, bahawa dia telah diperkosa. Menurut perempuan itu, oleh kerana dia melawan dan memberontak, air mani lelaki tersebut telah tertumpah dan mengotori pakaiannya.

Sebagai bukti, wanita itu menunjukkan pakaiannya yang terkena tumpahan cairan putih. Umar walau bagaimanapun tidak segera percaya terhadap wanita itu. Da meminta pendapat Ali bin Abi Talib.

“Sirami tumpahan putih itu dengan air panas. Kalau kesan itu membeku, maka itu pasti putih telur. Kalau kesan itu hilang dan lumat bersama air, maka itu adalah air mani,” kata Ali.

Ketika kesan itu disiram air panas, ternyata ia membeku. Umar dan Ali pun memutuskan bahawa pengaduan wanita itu palsu.

“Bertakwalah kamu kepada Allah, wahai wanita! Pengaduanmu ternyata bohong dan tuduhanmu itu adalah palsu,” kata Umar kepada wanita itu sebagai menasihatinya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...